Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 43

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Pertahankan kebenaranku, ya Allah,

dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar;

selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim.

2Kerana Engkaulah Allah kekuatanku.

Mengapa Engkau menyingkiri aku?

Mengapa aku bersedih,

kerana ditindas musuhku?

3Hantarlah cahaya-Mu dan kebenaran-Mu, untuk membimbingku;

membawaku ke bukit suci-Mu,

dan ke khemah-Mu.

4Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah,

Allah sumber kebahagiaanku yang tidak terhingga.

Dan sambil bermain kecapi aku akan memuji-Mu, Ya Allah, ya Allahku.

5Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku?

Mengapa kau resah gelisah?

Berharaplah kepada Allah,

kerana aku akan memuji-Nya,

Penyelamatku dan Allahku.